PANDANGAN TENTANG PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL DALAM KEHIDUPAN PELAJAR HARI INI
PANDANGAN SAYA TENTANG PENGGUNAAN
TEKNOLOGI DIGITAL DALAM KEHIDUPAN PELAJAR HARI INI.
Pada era digital ini, kehidupan pelajar tidak lagi terhad kepada buku teks, papan hitam, dan kuliah tetapi , Teknologi digital dan pendidikan moden dapat memberikan pelajar akses tanpa had kepada maklumat, cara pembelajaran baharu, dan yang lebih relevan. Dalam dunia di mana maklumat sentiasa berkembang penguasaan teknologi bukan lagi satu pilihan ia satu keperluan.
Antara teknologi paling popular dalam kalangan pelajar masa kini ialah
Google Classroom, Alat pembelajaran ini membolehkan pelajar menyertai kelas maya, menghantar tugasan, dan berinteraksi dengan guru tidak kira lokasi atau masaYouTube, Pelajar kini boleh belajar konsep yang sukar melalui video interaktif yang disampaikan secara visual dan menarik.ChatGPT dan aplikasi AI lain, Digunakan untuk mendapatkan penjelasan pantas, latihan karangan, atau membantu pelajar dalam memberi idea dan penyusunan idea.Kelebihan penggunaan teknologi digital sangat ketara, antaranya.
Pelajar boleh belajar pada bila-bila masa mengikut rentak sendiri, malah boleh mengulang bahan sehingga benar-benar faham.Akses kepada internet, Melalui internet, pelajar dapat mengikuti kursus daripada universiti tersohor secara percuma, membuka pandangan mereka ke arah pembelajaran dengan lebih memahami.Kemahiran Teknologi membantu pelajar membina kemahiran penting seperti pemikiran dan komunikasi digital yang menjadi nilai tambah dalam pasaran kerja.Memupuk Kreativiti dan Inovasi Aplikasi reka bentuk, edit video, dan penulisan digital memberi ruang kepada semua pelajar dengan lebih luas.
UNTUK MENDAPAT KAN KESEMUA APLIKASI YANG TERDAPAT DI ATAS ANDA BOLEH MELAYARI LINK YANG TERTERA DI BAWAH:
LINK APLIKASI : Android Apps on Google Play
Ulasan
Catat Ulasan